Keusahawanan Empowerher Video Pra Latihan (Apa Itu Bisnes Plan)

7 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 06 Mei 2026, telah diadakan sesi tayangan Video Keusahawanan Empowerher Pra latihan “Apa itu Bisnes Plan” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran secara atas talian.

Topik ini memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan pelan perniagaan sebagai panduan dalam membina dan mengembangkan sesuatu perniagaan. Peserta akan mempelajari komponen asas bisnes plan seperti objektif perniagaan, sasaran pelanggan, strategi pemasaran, anggaran kewangan dan perancangan operasi. Modul ini membantu peserta memahami cara merancang perniagaan secara lebih sistematik, teratur dan berpotensi untuk mencapai kejayaan jangka panjang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali